Kami...Memori Selamanya

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Madah Untuk PAPA !!


Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit yang luas. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan menjadi igauan sayang iaitu PAPA. I Love U So Much...

Tanda-Tanda Bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.



BERSEDIA UNTUK KELAHIRAN

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
• menghadiri kelas antenatal
• Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
• Tonton video kelahiran
• Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja. Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

KONTRAKSI RAHIM
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mensyakki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Tanda-tanda Hendak Bersalin

Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

1. Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
2. Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
3. Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
4. Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.

Petua Mudah Bersalin.

Petua Mudah Bersalin : Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Petua Selepas Bersalin

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Playpen Tenderly



Ni present dari Aunty Alina untuk baby. Cantik. Mesti baby tak sabar nak merasa tidur di dalamnya.



Pandangan dalam Playpen Baby..

Alhamdulillah, sepanjang proses kehamilan dari bulan pertama sehingga kini (dah masuk 36 minggu), tak de pe-pe masalah besar yang terpaksa ibu lalui. Awal kehamilan, alahan ibu tak seberapa cuma papa yang asyik pening-pening.Kesian papa.

Check Up yang ibu lalui sepanjang proses kehamilan:

- Pemeriksaan setiap bulan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
- Suntikan ATT (2 dos)--> 6 bulan & 8 bulan
- Ujian kencing manis (6 bulan & 8 bulan)- semua negetif (ujian paling ibu tak suka,minum air gula sampai ibu nak muntah tapi untuk baby....)
- Scan setiap bulan (Klinik Perdana)

Hari ni (15 Disember 2008), hari last ibu check up untuk 2 minggu sekali. So far, semua dalam keadaan memuaskan. Hb ibu pun dah ok sikit, dah lebih dari 10. Alhamdulillah.

8 bulan Check Up...

1. EBW : 1.857kg
2. Denyutan jantung : normal
3. Posisi : normal - kepala bawah, uri atas
4. Berat Ibu : masuk 8 bulan lebih mengandungkan baby, pertambahan dah 10kg
5. Tekanan darah : normal
6. Urin : albumin -ve , gula -ve
7. Pergerakan : normal , aktif
8. Respon : positif

Lepas ni, starting 22hb Disember ibu kena check up seminggu sekali sehingga sampai masa untuk bersalin. Rasa berdebar untuk menanti kehadiran baby di dunia ini.



Alhamdulillah. Walaupun Bulan Ramadhan dan Syawal telah lama berlalu, namun kenangan masih terpahat di minda ibu. Ibu bersyukur dan gembira sangat, tahun ini dapat menjalani ibadah puasa dan sambutan lebaran bersama-sama dengan orang tersayang,PAPA. Tambahan pula kehadiran baby yang sedang membesar dalam rahim ibu. Syukur alhamdulillah..

Ketika lebaran, baby dah 7 bulan setengah.



Baby semasa 5 bulan setengah.



Baby semasa 6 bulan setengah. Doktor ambik foto tulang paha baby.



Baby semasa 7 bulan lebih (31 minggu. Nampak tak kepala dan tangan nya. Dah besar pun.



Baby dah 4 bulan sekarang. Dah kelihatan tulang belakang, paha, kepala baby. Ibu&Papa makin tak sabar..



Proses pertama dalam hidup baby. 6 minggu dalam rahim ibu. Kehadiran baby memang ditunggu-tunggu.



Baby Ibu&Papa @ 11 minggu. Masih belum jelas terbentuk namun dah besar gumpalan. Alhamdulillah. Thanks Allah.

pregnancy

ULANG TAHUN PERKAHWINAN IBU & PAPA

Daisypath Anniversary Years Ticker



MENGHITUNG HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN...

Daisypath Next Aniversary Ticker

Klik-Klik-Klik

Tentang Kita

My photo
Kuala Krai, Kelantan, Malaysia
Hidup Sunyi Tanpa KehadiranMu, Bertambah Sunyi Bila Berjauhan..Namun Kini Kehadiran Abang & Baby Penguat Ikatan Kasih Sayang Antara Kita.Terima Kasih My Love!!!!

Kawan Setia Ke

free html visitor counters

Club Aniq

New Born 30 Dis '2008

New Born 30 Dis '2008

1 bulan

1 bulan

2 bulan

2 bulan

3 bulan

3 bulan

4 bulan

4 bulan

5 bulan

5 bulan

7 bulan

7 bulan

8 bulan

8 bulan

9 bulan

9 bulan

10 bulan

10 bulan

11 bulan

11 bulan