Kami...Memori Selamanya

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kenangan-Kenangan Lama Ibu

Tetiba hari ini, ibu belek-belek cd ibu, terjumpa la gambar-gambar lama. Rasa cam nak kongsi je gambar dengan semua. Masa tu Aniq tak de lagi, sebab seingat ibu, ibu masih tunangan orang (papa la). Bahagia dah ketika itu walaupun papa duduk berjauhan dengan ibu nun jauh di Putrajaya.
Masa cuti, mak ngah sekeluarga, pak uda sekeluarga, mek, ayah,moksu dan ibu booking chalet kat Bukit Keluang, Kuala Besut. Saje je, hilangkan boring kat umah. Ni ibu ada gambar-gambar kenangan, jom layan.


Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Scrapbooking at WiddlyTinks.com




Aniq @ PID Kuala Krai

Semalam, 24 Nov 2009 @ 4.00 p.m, mek dan mok su hantar Aniq kat tempat ibu kerja. Mek dan mok su nak pegi Kuala Krai jab, beli barang-barang keperluan untuk rumah dan sambutan hari raya Aidil Adha jumaat ni. Tak pe la, ibu bleh jaga, lagipun user dan balik semua tinggal ibu dan pc-pc je. Aniq pe lagi terus je menjelajah segenap ruang pejabat ibu.


Ibu dan Aniq Hafiy
Sambil tunggu ibu, disk cleanup PC, Aniq duk main ngan kunci
Bulat je mata bila tengok kamera. Geramnya!!

****************************************************
Mek dan moksu tiba jam 5.00 pm. Hehehe tak le lama sangat ibu menunggu. Nak jadi ke kes, malam tu, jam 12.30 a.m Aniq terjaga malam dan menangis cam sakit-sakit. Puas dipujuk, nangis cam nampak sesuatu. Ibu dan mek duk baca ayat kursi,al-Fatihah kat telinga Aniq. Lepas reda sikit, baru nak ngan ibu dan ibu tidurkan Aniq.
Aduhhhh... Takkan ada yang masih 'tegur' Aniq. Cian, Aniq budak kecik lagi. Minta-minta dijauhkan segala yang buruk. Aminnn

Aniq dah semakin nakal sekarang. Macam-macam aksi dan perangai dibuatnya. Pantang sekat apa yang dibuat, terus je melenting. Dah la time hujan, nak je main hujan (sentuh-sentuh ngan tangan air hujan turun). Papa la yang jadi mangsa time pulang kat umah. Hehehe.

Malam-malam plak, bukannya bleh tidur awal. Paling-paling tak pukul 11 malam. Ibu dah ngantuk, Aniq wak selamber je. Anak ibu gak. Ni yang ibu makin sayang ni. Anak ibu membesar dengan sihat. Tak larat ibu nak mengejar Aniq lani, walaupun tak leh jalan lagi. Tapi, Aniq lani jaguh panjat dan bergantung kat dinding. Nak try jalan la konon-kononnya. Kadang-kadang Aniq bangun dan lepaskan tangan. Sempat la bertahan 1,2 minit tanpa bergerak. Hahhaa. Dah pandai pun. Moga-moga bulan depan dan bleh jalan la.

Sambil-sambil duk layan Aniq, sempat la ibu snap gambar, boring tu gak.
Jom layan!!


Aniq duk goncang mainan dengan kuatnya. Tak henti-henti
Lepas duduk, merangkak plak, digoncangnya sekuat hati.
Sempat senyum bila nampak ibu ambik HP. 1,2,3 ...Snap!!
Ibu nak ambik gambar Aniq muncungkan mulut..Direbutnya HP, blur gambar.:(
Ni mangsa ke-2, remote TV. Mula-mula dibelek-beleknya n then....
Ready untuk dikerjakan...Permulaan ketukan Aniq.






Dah lama ibu tak update blog Aniq, anak lelaki kesayangan ibu ni. Ni dah masuk musim tengkujuh. Hari-hari hujan, risau gak ibu mana la tau kan, banjir. Nanti ibu tersekat plak. Tak leh balik cam tahun 2007 dulu. Air melimpah kat Kg Tok Bok, Sungai Durian. Ibu terpaksa naik perahu untuk balik rumah, kereta ibu plak terpaksa tinggal kat Pejabat Pos. Huhuhu.

Berbeza dengan tahun ni, hujan agak tidak menentu. Hujan kejab je air sungai terus melimpah. Maybe pembangunan penyebabnya. Sejak masuk bulan November, pada 18/19 November (kalau tak silap ibu), hujan turun mencurah-curah. Gelap gelita suasana. Kadang-kadang dentuman guruh kedengaran di langit. Gerun ibu. Jangan la banjir besar. Anak sungai kat tepi rumah ibu dah melimpah. Tak dapat kami keluar membeli lauk-pauk untuk memasak. Mujur la bekalan tak terputus lagi. Dalam hujan-hujan lebat tu, sempat lagi ibu snap sekeping gambar dengan HP ibu, hehheheh. Nak tengok????


Banjir..Banjir...Banjir

My First Jean

Hehehhe. Sebenarnya ni koleksi dari baju raya Aniq. Dan ini merupakan koleksi jean Aniq yang pertama. Hadiah dari auntie Alina. LEVI"S. Smart sungguh anak ibu bila pakai jean n tshirt. Tapi sayang, Aniq tak leh jalan lagi kalau tak makin comel ibu rasa.. Sabar-sabar, nanti Aniq jalan la nanti.




Salam buat anakku sayang..Minggu ni papa tak bleh pulang jumpa Aniq. Papa ada kerja kat KL. Tapi tak pe la, ibu,mek, ayah & moksu kan ada.
Sekarang Aniq dah tak nak tidur mana la...Puas ibu dodoikan. Last2 Aniq hadiahkan ibu 'senyuman' and 'sengehan' yang mencuit hati. Itu tandanya Aniq nak main lagi. Huhuhu. Dah besar rupanya anak ibu. Kerja nya nak main je.
Dah la belah pagi cuma tidur sejam je..Petang plak puas mek paksa tido, baru tido. Aniq nak main je. Nak panjat-panjat atas ayah, sekat ayah jalan. Suka sangat la dia.
Kelmarin hujan lebat. Ibu balik Aniq baru je tidur. Ibu rehat jab, mandi bersihkan badan. Naik-naik je Aniq dah bangun. Terus kuar dari mulut Aniq..."Nak,nak,nak" sambil tunjuk kat luar. Ibu tau sangat la, nak p jalan2 la tu. Walaupun hari hujan (tak lebat la), ibu bawa gak Aniq jalan2 sekitar umah. Baru senyap. Tu pun tak puas.
Malam plak, lepas bagi makan Aniq, suapkan Aniq ubat (antikuman) - tangan Aniq naik cam kudis, ibu ingatkan Aniq nak tidur (sebab petang tidur kejab). Adusss...Nak main je. Sampaila pukul 10.30 malam, ibu usahakan juga dodoikan Aniq dalam buaian. Akhirnya...Berjaya tidurkan Aniq.. Alhamdulillah.
Sambil2 Aniq main sebelum tidur, ibu sempat snap beberapa gambar dengan HP ibu. :)

Aniq tengah main telinga Bear-Bear
Penat la ibu, rehat atas bear jab

Mana nak letak bantal ni ibu?

Ishhh...Bantal ni bau semacam je. hehhehe

Ni susu Aniq, siapa nak?
Bestnya Bear ni ibu, lembut je
Jom main ngan bear satu lagi..
Bulat mata anak Ibu tengok iklan TV3

Yea..Yea..Yea. Pak Aji Aniq
Ni kerja ibu la ni...Aniq taknak tido sangat
p/s : Sayang Anak Ibu Sangat-Sangat. Kebahagiaan ibu ada dengan Aniq dan Papa. Muahhhh!



Aniq Seksi

Aniq hari ni baru masuk 10 bulan 3 hari.Lambat betul. Ikut kiraan bulan di dah November so Aniq kiranya dah 11 bulan. Ni ibu snap gambar lepas mandikan Aniq. Selalunya lepas mandi, ibu terkejar2 nak lap n pakaikan baju Aniq. Susah betul. Silap-silap haribulan, Aniq ter'....'.hehhehe
Gambar yang ni agak kabur sbb ibu guna HP je. K la layan je la...







Klik-Klik-Klik

Tentang Kita

My photo
Kuala Krai, Kelantan, Malaysia
Hidup Sunyi Tanpa KehadiranMu, Bertambah Sunyi Bila Berjauhan..Namun Kini Kehadiran Abang & Baby Penguat Ikatan Kasih Sayang Antara Kita.Terima Kasih My Love!!!!

Kawan Setia Ke

free html visitor counters

Club Aniq

New Born 30 Dis '2008

New Born 30 Dis '2008

1 bulan

1 bulan

2 bulan

2 bulan

3 bulan

3 bulan

4 bulan

4 bulan

5 bulan

5 bulan

7 bulan

7 bulan

8 bulan

8 bulan

9 bulan

9 bulan

10 bulan

10 bulan

11 bulan

11 bulan