Kami...Memori Selamanya

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

8 Julai 2010 ....




7 Julai 2010..

Ibu telah bercuti panjang. Masa ni ibu nak spend sggh-sggh masa buat Aniq n Papa. Buat Papa terima kasih hadiahkan percutian buat kami and sempena ulangtahun ke-2 kita..

Tiba di Sultan Ismail Airport - jam 12.30 tengahari. Flight pukul 3.30 petang tak pe la awal pun, tak kalut sangat.

Tapi yang nak buat ibu geram, lagi 20 minit masa sebenar nak berlepas, flight delay plak sejam. Dalam hati ibu, matilah sempat ke nak terjah flight ke KK jam 6.30 petang. Adus, fenin-fenin.

Tapi dlm duk debar tu, sempat la snap gmbr Aniq ni (baru lepas bangun tido...)

Ni plak gambar dah selamat kat dalam perut flight ke LCCT. Moga-moga sempat..Cepat la terbang...Adussss..............

Aniq mengalahkan pramugara kat dalam kapal. Tau nak berjalan je..Huhuhu, terpaksa la Papa pegang Aniq kuat-kuat. Tapi.... Mana bleh...nak jalan ugak...

Tiba di LCCT ( 5.55 petang )
Mau terkucil papa mengusung bagasi kami ke hulu ke hilir untuk dapatkan pass boarding ke KK. Lepas. Tapi yang bagasi la masalahnye. Huhuhu. Pe jawapan yang kami terima...Mau luruh jantung ni...
"maaf, sistem kami dah tutup..nak tak nak encik ke kapal tanpa bagasi atau encik beli tiket lain."
Dalam hati ibu, hancus nak bercuti. gara-gara delay kat KB. huhuhu. berdoa je keje ibu. Pegawai kat gate tu minta Papa try minta tolong agar dilepaskan bagasi. Rayu punya rayu, alhamdulillah, supervisor lepaskan sbb kami dah ada tiket.
Berlarian kami ke kapal yang hanya akan berlepas lagi 10 minit. Huhuhu. Dengan Aniq yang berat, ibu pecut 100m. Dah lama tak lari ni..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah memberikan kami peluang untuk bercuti...
moral : Jangan ambik dekat-dekat waktu penerbangan jika tukar flight, takut delay jadi cam kami.. :)
Kota Kinabalu Airport
Jam 9.15 malam kami tiba di KK Airport. Masih ujan di sini..Sama seperti di LCCT tadi. Namun dalam kegembiraan kami di Sabah, mek di rumah pula sakit. Huhuhu. Sedih plak. Tadi mek ok je. Masa kat KL, mek sihat lagi...
Ibu telefon kakak supaya tengok-tengok kan mek. Alhamdulillah, mek beransur pulih. Pening katanya...
Ya Allah, lindungi la kedua orang tuaku!!

LamaNyerr...

Dah lama ibu tak update blog Aniq. Sibuk pe la ibu ni. Aniq plak dah pandai macam-macam (bahasa dia la). Ibu pun tak faham sangat. Sekali sekala je dengar la bu,sakit,tokse dll.
Jab nanti ibu nak story pasal percutian Aniq, papa and ibu kat Kota Kinabalu, Sabah. Best tau...

Terlebih dahulu, mohon kita panjatkan Al-Fatihah untuk penyanyi ini..Moga Allah cucuri rahmat buat arwah. Ibu baru je terbaca berita ni dari FB ibu. Baru je tengok iklan kat TV,Jangan Tidur Lagi...Terkejut gak. MPV bleh terbabas camtu skali.. Apa-apa pun itu semua sudah ketentuan Allah.
Ingatlah 5 Perkara sebelum datangnya 5 Perkara :
1. Sihat sebelum Sakit
2. Waktu muda Sebelum Tua
3. Waktu lapang sebelum Sempit
4. Kaya sebelum Miskin
5. Hidup Sebelum Mati

Tarikh keramat...13 Mac 2010. ingatkan Papa lupa..Thanks papa kerana bagi kehidupan yang bahagia untuk ibu dan Aniq. Ibu bahagia sangat, walaupun ada sikit-sikit terasa tu. Biasa la asam garam kehidupan berkeluarga, lagikan lidah pun tergigit.
Papa bawa ibu ke restoren New Horizon, Wakaf Che Yeh. Makanan boleh tahan. Tapi tak best la sebab papa demam. so tak de yang nak menghabiskan makanan yang terhidang. Aniq? Lebih main dari makan. Tapi tomyam dia best.
Jus Strawberi
Tomyam putih, kailan ikan masin, teh cina

Tu yang lambat sampai, nasi dah nak habis
Siakap sweet sour dan ayam grg pe tah..lupa



Taraaa..Ni la waktu rehat ibu. Just tadah telinga. Heehehe. Tapi, hari pertama lagi ibu dah kena present SKT..Sokmo gitu. Huhuhu. Jom layan gambar ibu, ngan member-member. Tak banyak pun..Kamera tak de...Kamera PID entah, asstnd ambik wat pe minggu tu..
JOM LAYAN!!!


kami semua dari 42 PID SeMalaysia

Ibu, Ija n Nita

Kami lagi (3 mak budak dr Kuala)




Dah lamanya ibu tak update blog ni. Maklum la awal-awal tahun ni sibuk la sikit. CHERATING!!! Tu la tempat yang ibu kena p kursus. Papa dan Aniq pun nak ikut sama. Hehhehe. Saje je bawa Aniq jalan-jalan kata Papa.
Ibu bertolak dari rumah hari Jumaat lagi, sebelah petang. Stay kat umah Cik dulu. Esoknya baru bertolak ke Cherating. Aniq punya la boring duk dalam kete.


Ibu kursus dari 5-7 Mac. Tak le rindu sangat kat Aniq. Sebab Aniq n Papa ada di sisi. Tapi best la, bleh jumpa semua kawan-kawan seangkatan. Dah lama tak berkumpul, hampir setahun lebih.


Petang-petang, ibu temankan Aniq n Papa kat kolam..Tu layan gambar Aniq. Mula la tak nak naik, walaupun badan dah mengigil...








Aniq and his book..

Percaya tak, Aniq dah pandai baca...Hehehe. Buku yang sering dia tengok "In the Nest". Ada gambar burung dalam tu...Tu yang dia suka sangat tu..
Ibu bagi buku ni kat Aniq jika ibu nak pegi basuh botol ke, nak solat ke..Aniq mesti leka la.Kadang-kadang nak tidur malam, bagi buku ni tergolek-golek la di kat tilam. Last-last tengok dah lena..Hehehe.







Hujung minggu,time tak balik umah Ma&Abah kat Jeli, kami ke Tasik Krai. Papa nak jogging. Aniq plak duk ngan ibu. Main2 pe yang ada kat taman tu. Sempat la ibu snap 1 je gambar...

Aniq kat tempat orang sit up..
**************
Dah lama ibu idamkan push car untuk Aniq. Masa di TESCO baru ni, ternampak la benda alah ni, Ibu terus belikan untuk Aniq...Bila dah ada ni, mula-mula Aniq naik la, tolak ngan kaki. Tapi sekarang dah jadi tukang rosakkan barang,hehhehe. Ditunggengnya push car ni, duk main tayar. Aniq,Aniq...Layan je la



Ummm...Dah lama ibu tak update blog ni...Maklum la bz sikit ngan tugas kat ofis..Tapi bercerita pasal tarikh 4hb Februari 2010 ni, memang tarikh yang ditunggu-tunggu oleh ibu. Hehehehe

Umur ibu dah genap.....Biar papa je la yang tau.

Malam besday ibu, papa wish tepat-tepat jam 12.00 tengah malam..Thanks papa. I love u so much..

Hari Sabtu 6hb Feb, papa belanja ibu kat PizzaHut..n bawa Aniq jalan-jalan...Walaupun tahun ni papa tak sempat nak hadiahkan pe2 tuk ibu, tak pe la...Ibu faham. Papa nak hadiahkan ibu tudung Ariani tapi ibu tak pandai pilih warna. Ibu cancelkan dulu, maklum la dah lama ibu tak jahit baju baru.Huhuhu.

Papa belikan ibu kek buah yang sama cam ibu belikan tuk Aniq dulu..Yang sedihnya pasal kek ni, papa tersilap tulis (katanya la)..

Kali pertama kami bercuti bertiga..Papa bawa ibu dan Aniq bercuti di Terengganu sempena Hari Keluarga Pejabat Pendaftar UMT. Terima kasih papa. Ibu dan Aniq gembira sangat. Walaupun papa tengok cam ibu tak hepi, ibu bahagia sangat-sangat. I Love U so Much!!!
Kami bertolak dari rumah jam 11 pagi. Terus menuju ke Kuala Terengganu. Aniq pula tidur je sepanjang perjalanan, sedar tak sedar masuk Kuala Terengganu baru la Aniq bangun.
Kami check in kat Permai Inn, Batu Buruk lebih kurang pukul 4.00 petang. After mandi, solat dan berehat kejab, terus kami keluar bawa Aniq jalan-jalan kat Masjid Terapung, Kuala Ibai.
Seronok sangat Aniq, tengok air pantai lagi la seronok, main-main dengan pasir.Hehehe.
After makan malam @ 6.45 petang, kami pulang ke hotel. Mandi-mandi, tengok TV, turun plak suffer kat Cahaya Cafe @ 9.45 malam. Kalau tak tak turun dah, Aniq tak nak tidur lagi, duk sibuk ajak keluar. Lepas je suffer, terus je Aniq tidur sampai pagi... Gud Nite!
Ni gambar kat Bilik 140 at Permai Inn, Batu Buruk

Tengok TV...Nemo Gelak besar AniqBergambar sebelum kuar jalan-jalan.

*****

Jam 6.40 pagi, Aniq dah bangun. Nak solat Subuh sama-sama la tu. Hehhehe. Lepas je mandi, kemas pakaian, kami terus sarapan kat Cahaya Cafe. Suapkan Aniq nasi dagang. Check Out at 9.00 pagi. Terus menuju ke Rhu Muda, tempat Hari Keluarga Pejabat Pendaftar UMT. Pelbagai acara sukaneka dijalankan, ibu tak dapat join, terpaksa jaga Aniq, hehhehe. Papa je yang masuk game tapi semua OUT! Tak pe la cuba lagi tahun depan.

No bertuah plak dapat hamper...Ingatkan dapat p Medan. Balik Kelantan @ 1.45 petang.
Bye-Bye Terengganu.
Gambar di Rhu Muda, Marang
Papa & Aniq yang ngamuk..bosan
Aniq, Papa & Haji Ya

Boring punya pasal, ambik je gambar aniq
Tengok tu, hanger pun jadi mainan Aniq
Intai ibu. Nak tau naper...Nak sepahkan baju dalam almari

Sengeh je, nampak gigi kapak yang besar tu..

Start nak turun katil
Banyaknya baju...Mana dulu nak sepahkan ni ye???

Tanggal 30 Disember 2009, genap la umur hero ibu setahun.
Hepi Besday, Aniq.
Ibu dan papa amat menyayangimu. Kami bersyukur Aniq membesar dengan sihat. Ibu dan papa belikan Aniq kek buah. Aniq bukan main suka lagi..

Kek besday buah Aniq Hafiy
Aniq dan Papa belah kek.Tapi Aniq tengok kat lain..

Baju from papa.. (walaupun awal lagi dari tarikh besday aniq)

Lama betul ibu tak update blog Aniq ni. Maklum la akhir-akhir tahun banyak sikit kerja. Tambah-tambah pulak ibu ambik cuti lama baru ni. Saje je nak habiskan masa dengan anak lelaki ibu yang tersayang.
Bila duk umah ni, bleh la ibu masak sarapan untuk famili. Hari pertama cuti, ibu teringin nak makan bihun goreng dan sambal bilis. Teringat masa kecik-kecik dulu, bawa bekal ke sekolah. Hehehehe. Pe lagi, ibu letak Aniq dalam walker, terus masak. Dan inilah hasilnya.YUM,YUM

Bihun Goreng
Sambal bilis


Klik-Klik-Klik

Tentang Kita

My photo
Kuala Krai, Kelantan, Malaysia
Hidup Sunyi Tanpa KehadiranMu, Bertambah Sunyi Bila Berjauhan..Namun Kini Kehadiran Abang & Baby Penguat Ikatan Kasih Sayang Antara Kita.Terima Kasih My Love!!!!

Kawan Setia Ke

free html visitor counters

Club Aniq

New Born 30 Dis '2008

New Born 30 Dis '2008

1 bulan

1 bulan

2 bulan

2 bulan

3 bulan

3 bulan

4 bulan

4 bulan

5 bulan

5 bulan

7 bulan

7 bulan

8 bulan

8 bulan

9 bulan

9 bulan

10 bulan

10 bulan

11 bulan

11 bulan