Dah lama ibu tak update blog Aniq, anak lelaki kesayangan ibu ni. Ni dah masuk musim tengkujuh. Hari-hari hujan, risau gak ibu mana la tau kan, banjir. Nanti ibu tersekat plak. Tak leh balik cam tahun 2007 dulu. Air melimpah kat Kg Tok Bok, Sungai Durian. Ibu terpaksa naik perahu untuk balik rumah, kereta ibu plak terpaksa tinggal kat Pejabat Pos. Huhuhu.

Berbeza dengan tahun ni, hujan agak tidak menentu. Hujan kejab je air sungai terus melimpah. Maybe pembangunan penyebabnya. Sejak masuk bulan November, pada 18/19 November (kalau tak silap ibu), hujan turun mencurah-curah. Gelap gelita suasana. Kadang-kadang dentuman guruh kedengaran di langit. Gerun ibu. Jangan la banjir besar. Anak sungai kat tepi rumah ibu dah melimpah. Tak dapat kami keluar membeli lauk-pauk untuk memasak. Mujur la bekalan tak terputus lagi. Dalam hujan-hujan lebat tu, sempat lagi ibu snap sekeping gambar dengan HP ibu, hehheheh. Nak tengok????


Banjir..Banjir...Banjir