Kali pertama kami bercuti bertiga..Papa bawa ibu dan Aniq bercuti di Terengganu sempena Hari Keluarga Pejabat Pendaftar UMT. Terima kasih papa. Ibu dan Aniq gembira sangat. Walaupun papa tengok cam ibu tak hepi, ibu bahagia sangat-sangat. I Love U so Much!!!
Kami bertolak dari rumah jam 11 pagi. Terus menuju ke Kuala Terengganu. Aniq pula tidur je sepanjang perjalanan, sedar tak sedar masuk Kuala Terengganu baru la Aniq bangun.
Kami check in kat Permai Inn, Batu Buruk lebih kurang pukul 4.00 petang. After mandi, solat dan berehat kejab, terus kami keluar bawa Aniq jalan-jalan kat Masjid Terapung, Kuala Ibai.
Seronok sangat Aniq, tengok air pantai lagi la seronok, main-main dengan pasir.Hehehe.
After makan malam @ 6.45 petang, kami pulang ke hotel. Mandi-mandi, tengok TV, turun plak suffer kat Cahaya Cafe @ 9.45 malam. Kalau tak tak turun dah, Aniq tak nak tidur lagi, duk sibuk ajak keluar. Lepas je suffer, terus je Aniq tidur sampai pagi... Gud Nite!
Ni gambar kat Bilik 140 at Permai Inn, Batu Buruk

Tengok TV...Nemo Gelak besar AniqBergambar sebelum kuar jalan-jalan.

*****

Jam 6.40 pagi, Aniq dah bangun. Nak solat Subuh sama-sama la tu. Hehhehe. Lepas je mandi, kemas pakaian, kami terus sarapan kat Cahaya Cafe. Suapkan Aniq nasi dagang. Check Out at 9.00 pagi. Terus menuju ke Rhu Muda, tempat Hari Keluarga Pejabat Pendaftar UMT. Pelbagai acara sukaneka dijalankan, ibu tak dapat join, terpaksa jaga Aniq, hehhehe. Papa je yang masuk game tapi semua OUT! Tak pe la cuba lagi tahun depan.

No bertuah plak dapat hamper...Ingatkan dapat p Medan. Balik Kelantan @ 1.45 petang.
Bye-Bye Terengganu.
Gambar di Rhu Muda, Marang
Papa & Aniq yang ngamuk..bosan
Aniq, Papa & Haji Ya